Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Program Sekolah Angkat MADANI:Kementerian Digital Pacu Transformasi Dan Literasi Digital Di SK Jalan Residensi

3 mins
·

UNTUK SIARAN SEGERA

SIARAN MEDIA

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI: KEMENTERIAN DIGITAL PACU TRANSFORMASI DAN LITERASI DIGITAL DI SK JALAN RESIDENSI

Georgetown, 30 Oktober 2026 – Kementerian Digital telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sekolah Angkat MADANI (SAM) Kementerian Digital bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Digital.

Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM100,000 yang telah digunakan untuk memperbaiki dan menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan di sekolah. Usaha penambahbaikan ini merangkumi pemasangan serta perolehan sistem siaraya tetap dan mudah alih, pendingin hawa, kipas siling, serta penyediaan papan putih dan papan kenyataan. Selain itu, peruntukan ini turut dimanfaatkan bagi kerja-kerja pembinaan bumbung sengkuap (awning) zink di bilik seni dan ruang wuduk, di samping pembinaan sinki konkrit berjubin bagi keselesaan seluruh warga sekolah.

Majlis penyerahan tersebut berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah, yang dimeriahkan menerusi sesi penerokaan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pendedahan literasi digital anjuran Biji-biji Initiative dan AI Malaysia Berhad. Di samping pertandingan mewarna, pengisian interaktif ini bertujuan membuka ruang kepada murid meneroka dunia digital sekali gus menyemai celik digital seawal usia rebung.

UNTUK SIARAN SEGERA

Kementerian Digital kekal komited melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi

yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, termasuk menerusi Program

Sekolah Angkat MADANI. Penyerahan inisiatif di SK Jalan Residensi ini

menzahirkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memenuhi keperluan komuniti

setempat, khususnya bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang kondusif serta

menyediakan pendedahan teknologi digital kontemporari kepada murid.

Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan warga sekolah dan masyarakat

setempat agar pembangunan dinikmati secara inklusif, malah menjadi tiang asas

dalam meletakkan Malaysia di landasan yang kukuh menuju ke arah Negara AI 2030.

-TAMAT

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


30102026_SIARAN MEDIA_PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI KEMENTERIAN DIGITAL PACU TRANSFORMASI DAN LITERASI DIGITAL DI SK JALAN RESIDENSI.pdf

0.19MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026