Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Program Jelajah Digital,Kampung Angkat MADANI (KAM) Dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) Kementerian Digital Rapatkan Jurang Digital Komuniti Limbang

5 mins
·

UNTUK SIARAN SEGERA

SIARAN MEDIA

PROGRAM JELAJAH DIGITAL, KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) KEMENTERIAN DIGITAL RAPATKAN JURANG DIGITAL KOMUNITI LIMBANG

LIMBANG, 24 Oktober 2026 – Kementerian Digital telah menganjurkan Program jelajah Digital dan pada masa yang sama turut berlangsung Majlis Penyerahan program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) bertempat di Sekolah Kebangsaan St. Edmund, Limbang, Sarawak.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YBhg. Datuk Fabian Bigar, serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota, YB Datuk Dr. Abdul Rahman bin Ismail, dan ADUN Batu Danau, YB Dato’ Paulus Palu Anak Gumbang.

Peruntukan keseluruhan bagi Program KAM dan SAM ini bernilai RM700,000, dengan agihan seperti berikut:

1.Program Kampung Angkat MADANI (KAM):

•Pelaksanaan di Kampung Belimbing Melugus, Limbang yang memberi manfaat kepada 29 isi rumah menerusi pemasangan lampu solar LED, perolehan kelengkapan sokongan kampung, dan peralatan ICT. Manfaat pembekalan ICT ini turut diperluas kepada murid-murid SK Ukong.

2.Sokongan Institusi TVET:

•Disalurkan kepada institusi TVET tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan peralatan elektrik di Kampung Belimbing Melugus.

3.Program Sekolah Angkat MADANI (SAM):

•Pelaksanaan di SK St. Edmund di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Digital. Ia merangkumi pemasangan skrin LED di dewan, pembekalan papan pintar (smartboard), serta pemasangan titik capaian tanpa wayar (wireless access point) untuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.


Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan limpahan pembangunan negara turut dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi. Fokus diberikan kepada penyediaan kemudahan asas, peningkatan akses teknologi, dan penambahbaikan prasarana pendidikan. Langkah ini sekali gus menyokong usaha merapatkan jurang digital agar masyarakat dapat memanfaatkan kemajuan teknologi dalam kehidupan seharian.

Majlis penyerahan ini diadakan bersempena dengan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) St. Edmund serta dimeriahkan dengan pelbagai program dan aktiviti berteraskan teknologi digital. Antara pengisian utama yang dijalankan termasuklah sesi pengenalan dan penerokaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pendedahan literasi digital, kesedaran keselamatan siber, serta pencegahan penipuan dalam talian yang melibatkan murid sekolah dan komuniti setempat, khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Usaha Kementerian Digital ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperluas manfaat pendigitalan kepada masyarakat, meningkatkan literasi digital, serta menggalakkan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab. Bagi membantu meringankan beban rakyat, majlis turut diserikan dengan penganjuran Jualan RAHMAH MADANI yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan khusus buat warga Limbang.

Secara keseluruhannya, Kementerian Digital komited untuk terus melaksanakan inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat melalui Program KAM dan SAM. Pelaksanaan kedua-dua program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap keperluan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar, menerusi penambahbaikan kemudahan komuniti, peningkatan kualiti persekitaran pembelajaran, dan peluasan akses digital.

Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat agar pembangunan dinikmati secara inklusif, malah menjadi tiang asas dalam meletakkan Malaysia di landasan yang kukuh menuju ke arah Negara AI 2030.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


24102026_SIARAN MEDIA_PROGRAM JELAJAH DIGITAL, KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) KEMENTERIAN DIGITAL.pdf

0.21MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026