Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Koleksi Ucapan

Sambutan Perayaan Thaipusam 2025

6 mins
·

SALUTASI

1. Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow

Chief Minister of Penang

2. Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng

Former Chief Minister of Penang

3. Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong

Minister, Ministry of Human Resources

Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Ahli Parlimen dan Senator,

Rakan-Rakan Media,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian.

Vanakam, Salam Perpaduan, dan Salam Malaysia MADANI.

1. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat semua penganut Hindu di Malaysia.

2. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyertai anda semua pada hari yang penuh bermakna ini.

3. Thaipusam merupakan hari di mana penganut Hindu mencari berkat, memenuhi nazar serta mengucapkan terima kasih kepada Dewa Murugan.

4. Saya amat kagum dengan semangat dan dedikasi yang dipamerkan oleh para penganut. Semoga perayaan Thaipusam ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.

5. Perayaan ini bukan sahaja melambangkan keimanan dan pengorbanan penganut Hindu, tetapi juga menjadi bukti kepada kepelbagaian budaya dan keharmonian yang kita nikmati di negara tercinta.

Sinar Harapan dalam Inisiatif Kerajaan

Hadirin yang saya hormati sekalian,

6. Perpaduan dan semangat muhibbah yang ditonjolkan oleh masyarakat majmuk Malaysia merupakan antara keistimewaan negara kita.

7. Antara resipi untuk menjaga keharmonian di negara kita adalah untuk memastikan kemajuan sosio-ekonomi semua kaum terpelihara.

8. Kemajuan ini juga harus bergerak seiring dengan pembangunan digital negara - samada dalam sektor kecerdasan buatan (AI) mahupun animasi. Untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan MADANI terus komited untuk memastikan tiada siapa ketinggalan dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

9. Untuk memenuhi aspirasi ini, Kementerian Digital tekad untuk menyokong dan menolong masyarakat India di Malaysia.

10. Sepanjang tahun 2024, Kementerian Digital telah menghulurkan bantuan sebanyak RM2 million kepada kuil-kuil, persatuan-persatuan India serta sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Ini merupakan antara inisiatif Kementerian Digital dalam membantu masyarakat India di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meraikan kepelbagaian dan keharmonian rakyat Malaysia.

11. Sukacita saya maklumkan bahawa bantuan-bantuan tersebut akan diteruskan tahun ini. Dan usaha ini adalah tambahan daripada inisiatif-inisiatif serta program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Digital.

12. Untuk Thaipusam tahun ini, Kementerian Digital telah menyediakan dua skrin digital gergasi di perkarangan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani yang indah ini. Ianya untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan sambutan Thaipusam dengan lebih dekat dan selesa.

13. Kementerian Digital juga telah menyediakan botol minuman serta makanan buat mereka yang akan berkunjung ke kuil ini dan Batu Caves sempena perayaan Thaipusam hari ini.

Memperkasakan Ekonomi Digital PKS

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

14. Ketika berada di sini, kelihatan ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis produk serta makanan di perkarangan kuil. Saya ingin merakamkan tahniah kepada peniaga-peniaga kecil India yang rata-rata menggunakan transaksi digital serta platform digital dalam menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan mereka.

15. Saya ingin melihat lebih ramai lagi peniaga kecil dan sederhana (PKS) menggunakan platform digital untuk melonjakkan produktiviti perniagaan mereka. Jangan kita lupa bahawa PKS mewakili 97% daripada jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia. Anda merupakan tulang belakang ekonomi negara. PKS yang cekap dan maju sudah tentunya akan membantu melonjakkan ekonomi Malaysia.

16. Pada masa yang sama, saya percaya bahawa dengan membekalkan orang ramai dengan pengetahuan dan kemahiran digital, rakyat Malaysia, serta pengusaha PKS, akan lebih berdaya saing dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

17. Selain itu, Kementerian Digital sedang giat berusaha mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara. Ini termasuk meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasa kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.

18. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak kita dapat mencapai matlamat ini dan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dalam era digital ini. Akhir Kata Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

19. Dalam mengejar kemajuan, kita harus sentiasa memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini. Malaysia yang bersatu padu akan membolehkan kita mencapai kemajuan yang lebih pesat dan memastikan kesejahteraan untuk semua rakyat.

20. Pada masa yang sama, saya ingin mengajak anda semua untuk menggunakan teknologi digital untuk mendidik masyarakat Malaysia secara umum akan keunikan perayaan-perayaan serta keistimewaan budaya masing-masing untuk memastikan lebih ramai lagi di kalangan kita memahami dan menghargai antara satu sama lain. Let’s celebrate and appreciate each other better. Let’s cement our strong ties among one another. The best and effective way to do so is by educating our fellow Malaysians through digital platforms.

21. Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada anda semua.

Nandri, Terima Kasih.

-TAMAT-


11022025_TEKS UCAPAN_SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM 2025.pdf

0.16MB

11022025_SPEECH_THAIPUSAM CELEBRATION 2025.pdf

0.12MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025