Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Pengumuman Pelantikan Lembaga Pengarah Pertama AI Malaysia Berhad

4 mins
·


UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA


PENGUMUMAN PELANTIKAN LEMBAGA PENGARAH PERTAMA

AI MALAYSIA BERHAD


Saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Lembaga Pengarah pertama AI Malaysia Berhad, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh asas institusi bagi memacu agenda kecerdasan buatan (AI) negara.


Pelantikan ini menyusul pelancaran AI Malaysia Berhad oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 28 Julai 2026. Sebagai agensi peneraju Kementerian Digital, AI Malaysia menyelaraskan agenda AI kebangsaan, mempromosikan penerapan AI yang selamat dan bertanggungjawab, serta memacu Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 bagi mencapai Negara AI 2030.


Lembaga Pengarah ini menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam danswasta, dengan pengalaman merangkumi transformasi negara dan dasar awam,pembangunan ekonomi digital, pelaburan serta inovasi AI, sekali gus membawa perspektif Kerajaan dan industri yang saling melengkapi.


Penubuhan AI Malaysia menyediakan sebuah institusi khusus untuk menerajui dan menyelaras agenda AI negara. Pelantikan Lembaga Pengarah ini membawa kepimpinan strategik, tadbir urus yang baik serta kepelbagaian perspektif sektor awam dan swasta dalam melaksanakan mandat tersebut.


Lembaga Pengarah pertama AI Malaysia Berhad terdiri daripada:

1. Pengerusi: Aireen Omar

Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tune Protect Group Berhad dan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sabah. Beliau merupakan seorang pemimpin korporat dan pembina usaha niaga (venture builder) yang berpengalaman luas dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam transformasi perniagaan, teknologi dan pertumbuhan serantau. Fokus kerja beliau ketika ini adalah untuk menyokong usaha niaga teknologi berpertumbuhan tinggi serta pengasasnya, dengan memanfaatkan kepakaran dalam penskalaan usaha niaga, AI dan transformasi digital, strategi modal, tadbir urus korporat serta pengembangan pasaran di seluruh ASEAN.


2. Pengarah: Datuk Fabian Bigar

Kini merupakan Ketua Setiausaha, Kementerian Digital. Berpengalaman luas dalam kepimpinan kanan sektor awam merangkumi transformasi negara, pembangunan ekonomi,strategi digital, dasar awam dan penyampaian strategik.


3. Pengarah: Ma Sivanesan a/l Marimuthu

Kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital), Kementerian Digital.

Mempunyai hampir tiga dekad pengalaman kepimpinan sektor awam merangkumi dasar ekonomi dan fiskal, transformasi digital serta kewangan awam.


4. Pengarah: Muhammad Afhzal bin Abdul Rahman

Kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Digital, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berpengalaman lebih dua dekad dalam kepimpinan teknologi, seni bina perusahaan dan transformasi digital di organisasi utama dalam dan luar negara.


5. Pengarah: Foo Yen Ling Adelene

Kini merupakan Pengerusi Trendcell Sdn. Bhd. dan Pengarah MyTeksi Sdn. Bhd.Berpengalaman luas dalam strategi, transformasi perniagaan, inovasi dipacu teknologi dan keusahawanan.


Pelantikan selanjutnya akan dibuat kelak.

Pelantikan Lembaga Pengarah ini memperkukuh keupayaan institusi dan tadbir urus AI Malaysia dalam melaksanakan mandat nasionalnya, sekali gus memacu agenda AI negara daripada strategi kepada pelaksanaan yang terselaras dan berimpak, berteraskan akauntabiliti serta kepentingan negara untuk jangka panjang.

GOBIND SINGH DEO

Menteri Digital

11 September 2026

//TAMAT//


11092026_SIARAN MEDIA_PENGUMUMAN LEMBAGA PENGARAH PERTAMA AI MALAYSIA BERHAD OLEH MENTERI DIGITAL.pdf

0.11MB

11092026_PRESS RELEASE_ANNOUNCEMENT INAUGURAL BOARD OF DIRECTORS OF AI MALAYSIA BERHAD.docx (1).pdf

0.11MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026