Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Minggu Digital Kementerian Digital (MDKD2026) Zon Utara:Perkasa Literasi Digital,Pencegahan Scam Dan Kesediaan AI Komuniti

5 mins
·

UNTUK SIARAN SEGERA

SIARAN MEDIA

MINGGU DIGITAL KEMENTERIAN DIGITAL (MDKD2026) ZON UTARA: PERKASA LITERASI DIGITAL, PENCEGAHAN SCAM DAN KESEDIAAN AI KOMUNITI

TELUK INTAN, 30 September 2026 – Kementerian Digital hari ini meneruskan agenda pembudayaan digital di peringkat komuniti melalui Program Minggu Digital Kementerian Digital 2026 (MDKD2026) Zon Utara yang berlangsung di Dewan Bandaran Teluk Intan, Perak.

Pelaksanaan MDKD2026 secara berperingkat di seluruh negara bertujuan mendekatkan agenda digital kepada masyarakat. Bagi program di Teluk Intan, tumpuan khusus diberikan kepada golongan warga emas serta usahawan mikro dan perniagaan kecil menerusi pengisian berkaitan peningkatan literasi digital, kesedaran penipuan dalam talian, pemanfaatan platform digital perniagaan, serta pendedahan awal penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) secara selamat dan bertanggungjawab.

Pelaksanaan program ini turut mendapat sokongan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) sebagai rakan strategik dalam memobilisasi dan menyemaikan kesedaran digital dalam kalangan komuniti setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) Kementerian Digital, YBrs. Tuan MA. Sivanesan, dengan kehadiran Yang Dipertua MPTI, YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan MA. Sivanesan menyatakan bahawa kes penipuan dalam talian kini semakin menyasarkan golongan rentan, khususnya warga emas. Justeru melalui MDKD2026, Kementerian Digital mahu memastikan masyarakat bukan sahaja celik digital, malah berupaya melindungi diri dan keluarga daripada ancaman tersebut, di samping memanfaatkan teknologi demi meningkatkan kesejahteraan hidup serta peluang ekonomi.


FOKUS UTAMA MDKD2026 TELUK INTAN

Program ini memberi penekanan kepada tiga (3) agenda utama:

• Bicara Digital – Elak Scam: Sesi bertajuk “Gara-Gara Handphone Duit

Melayang” yang disampaikan oleh Encik Rahmat Fitri Abdullah. Sesi ini

memfokuskan pendedahan mengenai modus operandi penipuan dalam talian

serta langkah perlindungan maklumat peribadi dan kewangan.

• Bicara Digital – Usahawan: Sesi bertajuk “TikTok Affiliate: Asas dan

Pemahaman Kandungan Berkesan” oleh Puan Nurul Farhanah binti Aziz atau

lebih dikenali sebagai Cikgu Anna TikTok. Sesi ini mendedahkan usahawan

tempatan kepada teknik penghasilan kandungan dan pemanfaatan platform

digital untuk pemasaran serta e-dagang.

• Klinik Asas AI dan AI Selamat: Sesi pendedahan awal mengenai asas dan

potensi Kecerdasan Buatan (AI), serta panduan penggunaan teknologi tersebut

secara selamat, beretika, dan bertanggungjawab.


PAMERAN DAN RERUAI PERKHIDMATAN DIGITAL

Program ini turut menghimpunkan pelbagai agensi dan rakan strategik bagi

menyediakan pameran serta khidmat nasihat secara terus berkaitan ekosistem digital

kepada masyarakat Teluk Intan. Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Digital

Negara (JDN), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan

Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC Berhad, MyDIGITAL Corporation,

Digital Nasional Berhad (DNB), GovTech Malaysia, AI Malaysia Berhad,

MyDigital ID, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Digital Perak, Telekom

Malaysia Berhad (TM)/UNIFI dan MYFutureJobs (PERKESO). Penglibatan

pelbagai agensi ini membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat dan khidmat

nasihat terus, di samping mengenali inisiatif digital yang boleh dimanfaatkan harian.


AKTIVITI KOMUNITI

Selain pengisian utama berkaitan agenda digital, program turut disokong dengan

aktiviti kemasyarakatan seperti:

• Jualan Rahmah;

• Sesi Senamrobik; dan

• Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika.

Pendekatan ini menjadikan MDKD2026 Teluk Intan sebagai platform interaksi

komuniti yang merangkumi literasi digital, kesedaran penggunaan teknologi secara

selamat, pendigitalan ekonomi, dan kemasyarakatan.


Kerajaan MADANI kekal komited memperkukuh literasi dan keyakinan masyarakat

dalam menggunakan teknologi, termasuk mempersiapkan komuniti untuk

memanfaatkan teknologi baharu seperti AI secara selamat dan beretika, seterusnya

memacu transformasi Malaysia ke arah Negara AI 2030.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026