Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Belanjawan MADANI Kelima Memacu Transformatif Digital Malaysia Ke Arah Negara AI

4 mins
·

MEDIA BELANJAWAN MADANI KELIMA MEMACU TRANSFORMATIF DIGITAL MALAYSIA KE ARAH NEGARA AI

PUTRAJAYA, 11 Oktober 2026 – Belanjawan MADANI Kelima bertemakan “Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi” yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober 2026, mencerminkan komitmen berani Kerajaan MADANI dalam memacu agenda transformasi digital negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara AI berasaskan kerangka Malaysia Digital yang inklusif.

Melalui belanjawan ini, Kementerian Digital menerima tumpuan khusus untuk memacu ekosistem digital nasional, memperkasakan bakat teknologi tempatan, serta membina tenaga kerja bersedia masa hadapan ke arah merealisasikan aspirasi Negara AI menjelang tahun 2030.

Dalam usaha memperkasa ekosistem AI beretika, AI Malaysia Berhad diperkukuh dengan menumpukan kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi, pengukuhan infrastruktur digital, serta penciptaan ekosistem tadbir urus AI yang cekap dan selamat ke arah melahirkan 200,000 tenaga mahir AI negara.

Bagi menyokong pertumbuhan sektor perniagaan tempatan, dana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) disalurkan untuk membantu 4,000 Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) menerapkan keupayaan AI dan mengautomasi operasi mereka, di samping melatih serta memperakui 5,000 profesional AI.

Bagi memperluas daya tarikan bakat tempatan dan antarabangsa, Kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh Pas DE Rantau, di mana pemegang Pas Nomad DE Rantau sedia ada yang telah mencapai had maksimum dua tahun kini layak menerima tambahan dua tahun lagi untuk terus tinggal dan bekerja secara jarak jauh (remote) di Malaysia.

Di samping itu, agenda pendigitalan sekolah pondok turut dilaksanakan menerusi kolaborasi JAKIM & MDEC bagi menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru serta pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh negara bagi memastikan ketersediaan digital yang inklusif.

Bagi memperkasakan keupayaan modal insan dan belia, inisiatif memperkasa kemahiran digital diperluas menerusi tambahan 100,000 langganan AI percuma yang merangkumi aplikasi AI popular termasuk ChatGPT. Pada masa yang sama, Platform Rakyat Digital memberikan akses kursus digital percuma untuk rakyat menguasai lebih 16,000 kursus dan Sijil Profesional bersama Coursera.

Langkah-langkah yang dirangka di bawah Belanjawan MADANI Kelima ini menterjemahkan falsafah "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" dengan meletakkan Malaysia di persada teknologi tinggi global, di samping memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan digital.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Digital menyambut baik komitmen belanjawan ini dan bersedia menggembleng segenap keupayaan demi mempercepat agenda transformasi digital negara, sekali gus melonjakkan Malaysia sebagai sebuah Negara AI yang utuh menjelang tahun 2030.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


11102026_SIARAN MEDIA_BELANJAWAN MADANI KELIMA MEMACU TRANSFORMATIF DIGITAL MALAYSIA KE ARAH NEGARA AI.pdf

0.15MB

11102026_PRESS RELEASE_FIFTH MADANI BUDGET DRIVES MALAYSIA'S DIGITAL TRANSFORMATION TOWARDS AN AI NATION (1).pdf

0.17MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026