Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Kementerian Digital

Menerajui Pendigitalan Negara

Aktiviti Terkini

Lawatan Menteri Digital ke Singapura

Lawatan Menteri Digital ke Singapura, menyampaikan ucaptama bertemakan ‘Trust and Security in the Digital Era’ di Majlis Makan Malam Singapore International Cyber Week.

Lawatan Menteri Digital ke Singapura, menyampaikan ucaptama bertemakan ‘Trust and Security in the Digital Era’ di Majlis Makan Malam Singapore International Cyber Week.
Pertemuan dua hala Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo dengan PYT Josephine Teo, Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, membincangkan tadbir urus data, teknologi baru dan peluncuran Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) Malaysia pada bulan November.
YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital, berbesar hati dapat menghadiri Malaysia India Business Council (MIBC) 16th Annual Dinner 2024. Majlis tahunan yang meriah ini meraikan dedikasi MIBC dalam memupuk hubungan yang lebih erat, menggalakkan kerjasama, dan membangun aspirasi bersama dalam komuniti Malaysia dan India. Nilai perdagangan antara Malaysia dan India mencecah USD 16.5 bilion tahun lalu. India merupakan destinasi eksport ke-11 terbesar Malaysia dan ke-12 terbesar bagi import. Ini adalah bukti jalinan hubungan ekonomi yang kukuh, hasil pelaksanaan dasar seperti Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement dan ASEAN-India Free Trade Agreement.
PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DIGITAL KALI KE-5 DI CYBERJAYA, 9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) - YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital bersama-sama YB Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Digital telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Digital yang diadakan di Dewan Menara Cyber Axis.
KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER 2024 - YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, TYT José Luis Pardo Cuerdo. Sesi ini bertumpu kepada penerokaan peluang kerjasama digital antara Malaysia dan Sepanyol. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Encik Juan Garcia, Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan di Kedutaan Sepanyol, serta Encik Jordi Pol, Pengerusi La Cámara (Malaysian Spanish Chamber of Commerce & Industry).
KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2024 – Timbalan Menteri Kementerian Digital, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong telah merasmikan The Malaysia Digital Tech Adoption Summit: Blockchain. Sidang kemuncak tersebut merupakan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), iaitu agensi utama ekonomi digital di bawah Kementerian Digital. Perasmian tersebut telah dilakukan di Grand Saloon, Level 1, Grand Hyatt Kuala Lumpur.  Program ini bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara pemain industri serta mempromosikan integrasi teknologi Blockchain merentasi pelbagai sektor di Malaysia. Acara ini akan menampilkan kemajuan terkini, menyerlahkan potensi transformasi dan membuka jalan ke arah ekonomi digital yang lebih berdaya tahan serta saling berkaitan.
BANGSAR, 3 OKTOBER 2024, KHAMIS - Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital telah menyampaikan ucapan seterusnya melancarkan Festival Kandungan Digital Malaysia 2024-Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) 2024 Biz Day Launch yang diadakan di Connexion Conference & Events Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur.

Garis Masa

Pencapaian Terkini

Kementerian ini berusaha membuahkan hasil berimpak tinggi untuk negara.

17 Julai 2024

Mesyuarat MED4IRN Bil. 1/2024

Beberapa inisiatif penting telah diluluskan oleh Majlis, termasuk Rangka Tindakan Ekonomi Digital.

16 Julai 2024

Kabinet Luluskan Pindaan PDPA

RUU Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2024.

27 Jun 2024

Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2024

Sehingga bulan Julai 2024, program ini telah berjaya dilaksanakan di negeri Johor (23 & 24 Januari) dan Kedah (26 & 27 Jun).

07 Jun 2024

Pas Nomad Digital Diperluas

Kelayakan diperluas untuk merangkumi pekerja di luar bidang IT dan digital, susulan permintaan tinggi.

06 Jun 2024

Peluncuran Strategi Digital First

Cerucuk untuk memacu urus tadbir digital merentasi seluruh Kerajaan.

05 Jun 2024

1 Juta Lengkapkan 'AI untuk Rakyat'

1 juta penyertaan rakyat dalam masa hanya 5 bulan, lebih pantas daripada sasaran 1 tahun yang diumumkan.

27 Mac 2024

RUU Keselamatan Siber Diluluskan

RUU tersebut akan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan langkah, standard dan proses tertentu.

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024